Home Semasa SU sulit Najib arah gugur nama Jho Low dari laporan 1MDB – Madinah

SU sulit Najib arah gugur nama Jho Low dari laporan 1MDB – Madinah

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 25 Nov – Ketua setiausaha sulit kepada bekas Perdana Menteri, Shukry Salleh telah mengarahkan agar perenggan berkaitan kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digugurkan dalam penyediaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Memetik laporan Bernama, Ketua Audit Negara Madinah Mohamad berkata perkara itu diarahkan Shukry Salleh pada 26 Februari 2016 atas alasan ianya sensitif dan untuk mengelak fakta diputar-belit oleh pihak pembangkang ketika itu.

Menurut Madinah beliau telah menyampaikan taklimat kepada mesyuarat Jemaah Menteri mengenai pindaan kepada Laporan Akhir Pengauditan 1MDB sebelum laporan berkenaan dimuktamad dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) pada 4 Mac 2016.

“Laporan akhir Pengauditan 1MDB sebelum pindaan telah diserahkan kepada Surujanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut pada 2018,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya dalam satu mesyuarat dengan Najib pada 22 Feb 2016 di pejabat Perdana Menteri, Najib telah mengarahkan pengguguran perenggan yang mengandungi dua versi Penyata Kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 2014 dan mengarahkan siasatan dijalankan oleh pihak penguatkuasa.

Sehubungan itu, pembentangan laporan tersebut kepada PAC yang dijadualkan pada 24 Feb 2016 telah ditangguhkan kepada 4 Mac dan 7 Mac 2016, kata Madinah.

Beliau berkata mesyuarat itu turut dihadiri bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa, Shukry dan bekas Ketua Audit Negara (KAN) Tan Sri Ambrin Buang.

 

 

Related Articles

Leave a Reply