Home SemasaGlobal Polis Filipina menembak mati dua beradik disyaki anggota Daesh

Polis Filipina menembak mati dua beradik disyaki anggota Daesh

by Pasri Asyraf

DAVAO CITY (Filipina), 15 Okt – Polis menembak mati dua beradik disyaki anggota kumpulan pengganas Daesh di selatan Filipina, Isnin.

Menurut agensi berita Xinhua, Ketua Polis daerah Davao del Sur, Ferlu Silvio berkata suspek dikenali Norhan Delangalen Sinapan dan Norton Delangalen Sinapan.

Beliau berkata Norhan adalah pemimpin Daesh tempatan dikenali Dawlah Islamiyah di bandar Digos, wilayah Davao del Sur.

Katanya, kedua-dua ditembak mati ketika polis melancarkan operasi ke atas tempat persembunyian kumpulan itu, di sebuah kawasan komuniti tepi pantai pada pukul 11 malam waktu tempatan.

Turut dirampas antaranya pistol, beberapa butir peluru, peralatan membuat bom dan bom tangan.

Selatan Filipina kini dalam keadaan berjaga-jaga, ekoran laporan mengatakan rangkaian kumpulan pengganas kembali bersatu selepas pasukan tentera Filipina di bandar Marawi mengusir mereka lewat tahun lepas.

Daesh tempatan dikatakan bertanggungjawab melakukan satu siri pengeboman di Isulan pada Ogos dan September, mengorbankan empat nyawa dan ramai lagi cedera.

-BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply