Home Semasa Tiada ejen dilantik untuk dapatkan peruntukan – Kementerian Pendidikan

Tiada ejen dilantik untuk dapatkan peruntukan – Kementerian Pendidikan

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 11 Okt – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini menegaskan pihaknya tidak pernah melantik mana-mana organisasi atau orang perseorangan bagi tujuan membantu mendapatkan peruntukan atau dana pembangunan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

KPM dalam satu kenyataan menyatakan telah menerima aduan bahawa terdapat individu yang menggunakan nama dan logo KPM serta jata negara bagi tujuan memperdaya dan mempengaruhi guru-guru besar SJKT kononnya boleh menguruskan pemerolehan peruntukan daripada pihaknya.

Satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini di Ibu Pejabat Polis Putrajaya pada 10 Okt, kata kementerian itu.

Sehubungan itu, KPM meminta para guru-guru besar SJKT supaya berhubung terus dengan kementerian untuk sebarang permohonan peruntukan, dan membuat laporan polis jika didatangi mana-mana individu yang mendakwa diri mereka sebagai ejen kementerian bagi tujuan tersebut.

 

Related Articles

Leave a Reply