Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penggal kepala dan kerat badan bapa, suspek direman tujuh hari – Air Times News Network
Home Semasa Penggal kepala dan kerat badan bapa, suspek direman tujuh hari

Penggal kepala dan kerat badan bapa, suspek direman tujuh hari

by Nurulhuda

IPOH, 10 Okt – Seorang lelaki direman tujuh hari mulai hari ini selepas dipercayai membunuh bapa sendiri dengan memenggal kepala dan mengerat badan mangsa kepada enam bahagian di Kampung Kanthan Baru, di Ipoh semalam.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 52 tahun tersebut dikeluarkan oleh Majistret Siti Salwa Ja’afar di Ipoh yang membenarkan permohonan polis untuk membantu siasatan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abdul Rahman berkata suspek dipercayai berbuat demikian selepas berang ditegur oleh bapanya yang berusia 74 tahun kerana menghisap dadah di dalam rumah mereka.

Katanya kepala warga emas itu ditanam di belakang rumah mereka manakala bahagian badan pula dibuang di lubang pembetungan sedalam lima kaki.

Yahya berkata siasatan di tempat kejadian menemukan sebilah parang sepanjang 0.6 meter di sebuah bilik yang dipercayai digunakan untuk mengerat badan mangsa. – Bernama

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?