Home Semasa Mayat remaja lemas di lombong Puchong ditemui

Mayat remaja lemas di lombong Puchong ditemui

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Mayat remaja lelaki yang lemas di lombong Taman Putra Perdana di sini petang semalam berjaya ditemui kira-kira jam 5.45 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Abdul Aziz Ali berkata mayat Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, 17, ditemui terapung 800m dari lokasi kejadian.

“Mayat remaja itu ditemui anggota bomba yang membuat pemeriksaan di kawasan itu.

“Ahli keluarga mangsa juga telah dimaklumkan penemuan itu dan mengesahkan itu adalah anaknya,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, mayat remaja itu dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini,” katanya.

Bapa mangsa, Mohammad Azzam Naim, 46, bersyukur mayat anaknya itu ditemui.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Putra Perdana malam ini,” katanya.

Susulan kejadian, seramai enam anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) turut lemas ketika terlibat dalam dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa, malam semalam.

Anggota terbabit, Mohd Fatah Hashim, 34; Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32 ; Mazlan Omar Baki, 25 dan Yahya Ali, 24 dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang.

Related Articles

Leave a Reply