Home PolitikPAS /PPBM / LAINPRK Port Dickson satu pembaziran – Naib Presiden PAS

PRK Port Dickson satu pembaziran – Naib Presiden PAS

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KOTA BHARU, 24 Sept – PAS mungkin tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson kerana tidak berminat selain menyifatkan ia satu pembaziran

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bagaimanapun berkata keputusan muktamad akan diputuskan menerusi mesyuarat parti.

“Kalau tanya saya, mungkin kita tidak akan bertanding kerana ia bukan satu keperluan memandangkan PRK Port Dickson sengaja diada-adakan untuk memenuhi kehendak individu tertentu.

“Malah, pemimpin PAS juga tidak berminat dengan kerusi berkenaan. Jika Barisan Nasional (BN) pun tidak mahu meletakkan calon, kita bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim menanglah.

“Setakat ini kita belum mengadakan perbincangan dan akan diputuskan sebelum hari penamaan,” katanya

Akhbar sebelum ini melaporkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Port Dickson diadakan pada 13 Oktober depan.

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood, berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 29 September dan hari mengundi awal pula pada 9 Oktober.

Tempoh berkempen adalah 14 hari bermula pada hari penamaan calon sehingga jam 11.59 malam.

Related Articles

Leave a Reply