1.4K
YANGON, 24 Sep – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak berhak mengganggu kedaulatan Myanmar tegas Ketua angkatan tentera Myanmar, ketua komander Min Aung Hlaing.
Ini berikutan selepas penyiasat PBB memanggilnya dan beberapa jeneral tertinggi lain untuk didakwa kerana melakukan ‘pembunuhan beramai-ramai’ terhadap etnik Islam Rohingya.
Akhbar Myawady melaporkan, ketua komander Min Aung Hlaing berkata, tidak ada negara, organisasi atau kumpulan mempunyai hak untuk campur tangan dan membuat keputusan terhadap kedaulatan negara itu.