Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin tahan 3 warga asing ceroboh perairan Sandakan

Polis Marin tahan 3 warga asing ceroboh perairan Sandakan

by M.Daim

SANDAKAN (24 Sept) – Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan telah berjaya menahan 3 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki negara ini secara tidak sah. Ketiga-tiga warga asing yang terdiri daripada seorang lelaki dan 2 orang wanita sekitar usia 32-47 tahun telah ditahan pada petang kelmarin di kawasan Perairan Batu 3,  Pulau Nunuyan.

Dalam kenyataan di akaun rasmi ESSCOM, Polis Marin bertindak mengejar sebuah bot laju yang bergerak dari arah kawasan perairan Filipina. Panik menyedari kehadiran pasukan keselamatan, beberapa orang penumpang bot yang disyaki PATI dan juragan bertindak terjun ke laut di kawasan cetek sebelum melarikan diri ke kawasan bakau berhampiran.

Pemeriksaan lanjut oleh pasukan keselamatan mendapati ketiga-tiga penumpang yang ditahan gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

Sebuah bot bersama enjin sangkut berkuasa 75hp yang telah digunakan dalam aktiviti berkenaan telah dirampas oleh pihak polis.

Kesemua tahanan dan barang rampasan telah dibawa ke Pangkalan Polis Marin Sandakan untuk tindakan lanjut. Kes akan disiasat dibawa Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.

Galeri Gambar (Klik untuk melihat dalam saiz besar):

Related Articles

Leave a Reply