Home Semasa Pengarah, penasihat anak syarikat Felcra direman

Pengarah, penasihat anak syarikat Felcra direman

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 19 Sept – Dua pegawai sebuah anak syarikat Felcra Berhad dikenakan tahanan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa berkaitan penyelewengan kewangan dan pengagihan kontrak latihan bernilai RM4 juta sejak tahun 2014.

Tempoh tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Pengurus kanan berusia 53 tahun ditahan jam 6.20 petang di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya manakala suspek kedua yang berusia 45 tahun pula ditahan di pejabat SPRM Kelantan jam 5.40 petang selepas hadir memberi  keterangan, semalam.

Terdahulu, kedua- dua suspek tiba jam 9.10 pagi dengan tangan bergari dan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga.

Pengurus kanan itu dipercayai memanipulasi sebut harga selain melantik syarikat-syarikat luar yang dimiliki oleh anggota keluarga termasuk anak menantu dan kenalannya untuk membekalkan tenaga pengajar, pakar latihan serta kursus yang dikendalikan oleh anak syarikat itu.

Semalam, SPRM membuat serbuan di sembilan lokasi bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dana kerajaan tersebut.

Seramai 15 individu termasuk mereka dipanggil memberi keterangan.

Related Articles

Leave a Reply