Home Pertahanan dan Keselamatan Polis patahkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM 12 ribu

Polis patahkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM 12 ribu

by M.Daim

KUDAT, 19 Sept – Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat telah berjaya menahan 2 orang lelaki tempatan berusia 31 tahun kerana disyaki cuba menyeludup 3,000 karton rokok yang bernilai lebih RM 12,000 pada pagi tadi. Kedua-dua suspek telah ditahan dalam sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Avanza di kawasan Kampung Tanjung Kapor ketika Ops Pensura Khas sedang jalankan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh laman sosial rasmi ESSCOM, sepasukan anggota PPM menyedari kehadiran Avanza dalam keadaan yang mencurigakan. Bertindak atas maklumat yang diterima, anggota polis telah bertindak menahan dan memeriksa kenderaan terbabit. Hasil pemeriksaan kenderaan mendapati sejumlah rokok yang tidak dibayar cukai telah ditemui dan disyaki diseludup untuk tujuan pasaran tempatan.

Antara jenama rokok yang dirampas adalah #P2,000 karton rokok jenama Black Menthol Special Blend dan 1,000 kartun jenama ERA Blue Premium Special Blend. Selain rokok, kenderaan dan wang tunai berjumlah RM 10,460.00 turut dirampas.

Kedua-dua saspek berserta barang rampasan telah dibawa ke Pangkalan Polis Marin untuk tindakan lanjut. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Related Articles

Leave a Reply