Home SemasaGlobal Angka korban tanah runtuh di Filipina meningkat

Angka korban tanah runtuh di Filipina meningkat

by Noor Sheila Amin

ITOGON, FILIPINA, 18 Sep – Puluhan penduduk dikhuatiri maut tertimbus dalam tanah runtuh di Itogon yang terjejas teruk akibat serangan Taufan Mangkhut ketika angka korban meningkat kepada 74 orang, hari ini.

Ratusan penyelamat Filipina yang membantu terpaksa menggunakan cangkul dan tangan untuk menggali kawasan tanah runtuh yang disebabkan oleh taufan Mangkhut.

Sehingga kini, 40 orang dikhuatiri tertimbus dalam tanah runtuh di Itogon ketika taufan membadai kawasan itu Sabtu lalu.

Taufan paling ganas tahun ini itu membadai rumah, menenggelamkan rantau pertanian utama di utara Filipina sebelum menyerang Hong Kong dan selatan China dengan angin kencang dan hujan lebat.

Hong Kong masih bergelut untuk kembali ke situasi normal hari ini dengan operasi pembersihan besar-besaran untuk mengalihkan pokok tumbang, membaiki jalan rosak dan tiang elektrik.

Ribut ganas itu mengorbankan empat orang di wilayah selatan China di Guangdong dan angka itu meningkat kepada 74 orang hari ini di pulau utara Luzon Filipina, menurut polis dengan jumlahnya dijangka bertambah.

Usaha mencari dan menyelamat semakin sukar kerana tanah lembut mula mengeras dalam cuaca panas terik Filipina. Penyelamat menggunakan air untuk cuba melembutkan tanah.

“Ketika saya mengatakan ada 99 peratus jangkaan kesemuanya maut, masih ada lagi satu peratus. Usaha menyelamat akan diteruskan sehingga presiden (Rodrigo Duterte) mengarahkan kami berhenti,” kata Datuk Bandar Itogon, Victorio Palangdan kepada AFP.

Image Credit : AFP

Related Articles

Leave a Reply