Home SemasaGlobal Tariq Ramadan mohon ikat jamin

Tariq Ramadan mohon ikat jamin

by Noor Sheila Amin

PARIS, 18 Sep – Pendakwah Islam terkemuka, Tariq Ramadan, hari ini memohon ikat jamin di mahkamah Perancis hari ini  selepas tujuh bulan ditahan susulan dakwaan merogol dua wanita di hotel pada tahun 2009 dan 2012.

Ramadan yang juga profesor di Universiti Oxford sehingga terpaksa mengambil cuti apabila dakwaan rogol itu didedahkan pada kemuncak pergerakan ‘Me Too’ tahun lalu.

Selain itu juga pendakwa raya Switzerland juga membuka siasatan mengenai dakwaan beliau merogol seorang wanita lain di hotel di Geneva pada 2008, lapor media kelmarin.

Ramadan, 56, berulang kali memohon ikat jamin kerana berada dalam penjara menyukarkan beliau mendapatkan rawatan untuk penyakit sclerosis berulang yang dihidapinya.

Dalam video yang disiarkan di Facebook semalam, anak lelakinya, Sami berkata bapanya itu ‘sudah dianggap bersalah sejak awal’ dan kelihatan lemah ketika lawatan baru-baru ini.

“Beliau perlukan bantuan dan alat bantuan berjalan untuk bergerak,” katanya dalam video itu.

Namun hakim memutuskan Ramadan menerima penjagaan mencukupi dalam hospital penjara di Fresnes di selatan Paris.

Hari ini, beliau bersemuka dengan wanita kurang upaya yang menuduh Ramadan merogolnya di Lyon pada 2009.

Ramadhan, yang juga cucu kepada pengasas Ikhwanul Muslimin, menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai kempen memalukan beliau, menyangkal sebarang dakwaan hubungan seksual dengan wanita dikenali sebagai Christelle.

Related Articles

Leave a Reply