Askar Maut

by Nurulhuda

KUANTAN, 18 Sept – Dua lelaki termasuk seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung di Kilometer 6 Jalan Ibam-Rompin dekat sini hari ini.

Dalam kejadian 6.50 pagi, mangsa, Muhammad Izad Abin Alias, 27, maut serta-merta di tempat kejadian.

Manakala, anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Maidi Dahdi, 38, pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor berkata, sebelum kejadian Muhammad Izad dalam perjalanan ke Muadzam Shah, manakala Maidi menghala ke Bukit Ibam.

“Sebaik tiba di tempat kejadian motosikal yang ditunggang Muhammad Izad dipercayai terbabas dan masuk ke jalan bertentangan lalu merempuh motosikal yang ditunggang oleh anggota tentera itu.

“Hentakan kuat di bahagian kepala menyebabkan pengawal keselamatan itu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Maidi pula dibawa ke Hospital Muadzam Shah dan disahkan meninggal dunia pada jam 8.15 pagi tadi ketika menerima rawatan, ” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Leave a Reply