Home PolitikPakatan Harapan ‘Bukan di Pandan, tunggu saya umum esok’ – Saifuddin

‘Bukan di Pandan, tunggu saya umum esok’ – Saifuddin

by Air Times News Network

BANDAR BAHARU, 11 Sept – Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau akan mengumumkan kerusi yang akan ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim esok di Ibu Pejabat PKR.

Beliau berkata anggota parlimen yang akan mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada presiden parti itu untuk bertanding, turut akan hadir pada sidang akhbar tersebut.

“Pukul 11 pagi esok saya akan keluarkan ‘press alert’ mengenai pengumuman ini,” katanya selepas melawat keluarga mangsa runtuhan jambatan Taman Serdang di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata pilihan raya kecil itu tidak akan berlaku di parlimen Pandan iaitu kerusi dipegang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekarang.

Sehubungan itu beliau mengucapkan tahniah kepada PAS yang telah mengerahkan jenteranya di kawasan itu kerana menjangkakan Anwar akan bertanding bagi kerusi itu.

Beliau berkata jentera parti itu mungkin bolehlah bekerja dari sekarang untuk memenangi hati rakyat di kawasan itu untuk pilihan raya umum ke-15 akan datang.

“Saya ucapkan tahniah ke atas PAS atas kerja keras mereka,” katanya.- BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply