Home SemasaGlobal Rancang bunuh Theresa May, lelaki dipenjara seumur hidup

Rancang bunuh Theresa May, lelaki dipenjara seumur hidup

by Noor Sheila Amin

LONDON, 1 Sep – Seorang lelaki warga Britain dijatuhi hukuman penjara seumur hidup semalam berhubung plot membunuh Perdana Menteri, Theresa May, dengan meletupkan peranti letupan pada awalnya untuk memasuki pejabat beliau di Downing Street dan kemudian menggunakan pisau atau senjata untuk menyerangnya.

Naa’imur Rahman, 21, dari utara London, merancang meletupkan peranti di pagar Downing Street yang dikawal ketat dan memasuki pejabat May dan membunuhnya, menurut polis.

Beliau disabitkan bersalah bulan lalu atas tuduhan bersedia melakukan tindakan keganasan dan mahkamah Old Bailey, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan akan dipenjarakan selama 30 tahun.

“Sasaran Rahman ialah perdana menteri tetapi tidak kisah membunuh orang lain dalam proses mendapatkan May.

“Pada satu ketika, beliau memberitahu pegawai antikeganasan yang sudah memeluk Islam bahawa jika tidak dapat menyerang May, beliau cuma mahu menimbulkan kebimbangan orang ramai,” kata Penyelaras Kanan Antikeganasan United Kingdon, Dean Haydon.

Ketika merancang, Rahman percaya beliau berhubung atas talian dengan anggota militan Daesh.

Namun sebenarnya dia bercakap dengan pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang menyamar dan agensi perisikan domestik Britain, MI5.

Dia ditahan November lalu sejurus selepas bertemu pegawai menyamar dan mengumpulkan apa yang dipercayainya bom buatan sendiri tetapi sebenarnya replika tidak berbahaya

Related Articles

Leave a Reply