Home SemasaGlobal Pesawat UT Air terbakar di Russia

Pesawat UT Air terbakar di Russia

by Noor Sheila Amin

Pesawat Boeing 737 terbang dari bandar ini bersama 166 penumpang dan enam kru terbabas dari landasan ketika ia cuba mendarat di bandar peranginan Laut Hitam di Sochi, menyebabkan sayap rosak dan terbakar.

“Akibat kemalangan ketika pendaratan di bandar Olimpik Russia itu, 18 penumpang mendapatkan rawatan perubatan,” kata pihak berkuasa kesihatan serantau. Mangsa yang cedera termasuk tiga kanak-kanak, kata penyiasat yang membuka satu siasatan jenayah.

Ketika operasi menyelamat, seorang kakitangan lapangan terbang maut, kemungkinan akibat sakit jantung, kata jurucakap Lapangan Terbang Sochi kepada AFP dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa berkata, 16 kru ambulans berada di tempat kejadian, menambah kebakaran berjaya dipadam. Pesawat itu dikendalikan syarikat penerbangan Utair. Sochi menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk pada 2014.

Related Articles

Leave a Reply