Perdana Menteri berkata demikian memandangkan MARA ketika ini sudah menjadi sesuatu yang ‘sensitif’ dalam kalangan rakyat.

Beliau juga memberitahu, isu berkenaan diberikan perhatian serius oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Pakatan Harapan.

“Saya akan bawa perkara ini kepada menteri-menteri supaya mereka faham betapa pentingnya mereka sensitif terhadap pandangan orang ramai.

“Kalau kita mahu dapatkan sokongan orang ramai, kita mesti sensitif kepada pendapat mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam tadi.

Sejak kebelakangan ini, MARA menjadi isu tumpuan ramai apabila timbul pelbagai spekulasi mengenai masa depan agensi yang menumpu kepada agenda pembangunan Melayu serta bumiputera itu.

Ada dakwaan kononnya MARA akan dipecah-pecah dan dibahagi kepada beberapa kementerian.