Home Pertahanan dan Keselamatan ESSCom mahu “no fly zone” untuk dron di ESSZone

ESSCom mahu “no fly zone” untuk dron di ESSZone

by Air Times News Network

LAHAD DATU, 11 Ogos – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mahu Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) diwartakan sebagai “no fly zone” (zon tiada penerbangan) untuk dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV).

Komander ESSCom, DCP Datuk Hazani Ghazali berkata perkara itu selari dengan ESSZone yang juga diwartakan sebagai kawasan keselamatan.

“Saya mencadangkan kepada pihak tertentu supaya mewartakan ESSZone ini no fly zone untuk dron, kecuali kepada pasukan keselamatan atau pihak yang ada permit,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebelum ini membenarkan penggunaan dron di bawah 3,000 dan 6,000 kaki mengikut kawasan tertentu di negara ini.

Hazani berkata, penggunaan dron perlu diharamkan di ESSZone kecuali bagi mereka yang memohon kepada pihak berkuasa termasuk DCA.

Related Articles

Leave a Reply