Home Semasa Presiden Kafa tempelek dua bekas naib presiden

Presiden Kafa tempelek dua bekas naib presiden

by Air Times News Network

KOTA BHARU, 30 Jul – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan menempelak tindakan dua naib presiden badan induk itu yang bertindak melepaskan jawatan.

Bibi Ramjani berkata, tindakan tersebut tidak wajar dilakukan memandangkan badan induk itu sedang berdepan dengan pelbagai masalah ketika ini.

“Sebagaimana kita bertanding (pemilihan Kafa lalu), betapa susah kita bersungguh-sungguh untuk mendapatkan jawatan tersebut.

“Namun apabila berada dalam keadaan kesusahan, kita tidak sewajarnya meletakkan jawatan dan itulah nasihat yang boleh saya berikan untuk diri sendiri serta orang lain,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan Kelantan menentang Pahang di sini malam tadi.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Kafa berhadapan dengan krisis dalaman yang serius apabila dua naib presiden dan bendaharinya, Datuk Ahmad Razali Ibrahim meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan cara pengurusan pengurusan persatuan tersebut.

Dua Naib Presiden tersebut ialah Datuk Mohd. Aizuddin Mohd Ghazali dan Datuk Nik Izani Nik Ibrahim manakala seorang lagi Naib Presiden, Nik Pakheruddin Nik Abd Kadir tidak meletakkan jawatan.

Mohd. Aizudin menghantar surat peletakan jawatan pada Khamis lalu manakala Nik Izani mengambil langkah yang sama kelmarin. Ahmad Razali meletakkan jawatan lebih awal iaitu pada pertengahan Jun lalu.

Related Articles

Leave a Reply