Home PolitikPakatan Harapan Isu disiplin: PKR ambil tindakan terhadap anggota parti, 1 ketua cabang dipecat

Isu disiplin: PKR ambil tindakan terhadap anggota parti, 1 ketua cabang dipecat

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah mengambil tindakan terhadap 8 orang ahli parti berikutan aduan berkaitan tatatertib dan disiplin mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Menurut kenyataan media KEADILAN, kesemua kes-kes tersebut telah dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik pada 10 Julai lalu. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan turut dihadiri oleh anggota-anggota biro politik yang lain.

Berdasarkan keputusan mesyuarat tersebut, Ketua Cabang Pasir Salak, Noor Azwan Bin Ramli telah dipecat sementara 6 ahli yang lain telah digantung keahlian selama 2 tahun. Antaranya Audanan Talib (Ketua Cabang Tapah), Id Azalan Shah bin Banyamin (Ketua Cabang Lenggong), Meja Kaha bin Hj Othman (Ketua Cabang Gerik), Kapt (B) Usaili Alias (Cabang Parit), Mohd Khair bin Mohd Zainal (Ketua Cabang Kuala Kangsar), dan Shanmugam Marimuthu (Angkatan Muda KEADILAN Negeri Sembilan).

Sementara itu, Ketua Cabang Padang Rengas, Hj Alias Bin Ibrahim telah diberikan amaran keras oleh pihak lembaga disiplin parti.

Kesemua ahli yang telah diambil tindakan tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti parti di semua peringkat. Walaupun begitu, pihak KEADILAN menyatakan bahawa mereka boleh merayu keputusan tersebut dalam tempoh 14 hari selaras dengan perlembagaan parti

Dalam kenyataan tersebut, pihak KEADILAN memandang serius sebarang tindakan dan salahlaku anggota parti yang melanggar keputusan parti. Selain daripada itu, pihak parti tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana anggota parti yang memburukkan nama KEADILAN.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!