1.7K
BETHLEHEM, 23 Jul – Seorang remaja Palestin ditembak mati oleh tentera Israel dalam satu pertempuran di Kem Pelarian Tebing Barat berhampiran Bethlehem, kata Kementerian Kesihatan Palestin.
Arkan Mizher, 15, ditembak mati di dada oleh tentera Israel ketika serbuan di khemah pelarian bertujuan untuk menahan dua orang disyaki merancang rusuhan. Tentera Israel berkata, ia bertindak balas setelah penunjuk perasaan mula menyerang mereka menggunakan batu dan bom tangan.
Agensi berita Palestin Wafa melaporkan selain seorang remaja terbunuh, insiden tersebut menyaksikan dua pelarian ditembak dan dimasukkan ke hospital, manakala dua lagi ditangkap.