Home SemasaGlobal Gaza dihujani bom sebelum gencatan senjata

Gaza dihujani bom sebelum gencatan senjata

by M.Daim

GAZA, 21 Jul – Pihak Tentera Udara Israel (IAF) telah melancarkan serangan udara besar-besaran di Gaza. Dilaporkan sebanyak 60 sasaran yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Hamas di Gaza telah diserang.

Serangan tersebut merupakan tindak balas Israel terhadap insiden tembakan yang menyebabkan seorang askar Israel maut.

Jet-jet pejuang dan kereta kebal Israel turut melakukan serangan terhadap 8 sasaran lain sejurus sebelum serangan udara bermula.

Serangan besar-besaran bermula pada tengah hari Jumaat dan berlanjutan sehingga ke waktu malam.

Israel mendakwa, sebanyak 25 sasaran telah berjaya dimusnahkan termasuk pusat latihan dan pos pemerhati Hamas.

Serangan besar-besaran tersebut bermula sejurus Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman menyatakan bahawa pihak beliau telah bersedia untuk melancarkan serangan besar-besaran seperti yang pernah berlaku pada tahun 2014.

Sementelah berlakunya serangan besar-besaran oleh Israel, Arab News melaporkan pihak Hamas telah  bersetuju untuk mengadakan genjatan senjata dengan Israel.

 

 

Related Articles

Leave a Reply