Home Semasa Shaqiri sah milik Liverpool

Shaqiri sah milik Liverpool

by Air Times News Network

LONDON, 14 Jul – Liverpool menandatangani pemain antarabangsa Switzerland, Xherdan Shaqiri daripada Stoke City, umum Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hari ini.

The Reds mengesahkan memeterai kontrak yang panjang dengan laporan media British mengatakan Shaqiri tiba ke Anfield dengan perjanjian selama lima tahun bernilai STG13 juta (RM 69.6 juta).

“Saya amat gembira untuk berada di sini. Ia adalah kelab yang hebat dengan sejarah yang besar, pemain yang gah dan jurulatih yang menakjubkan (Jurgen Klopp),” kata Shaqiri.

“Sebagai pemain anda sememangnya mengimpikan aksi di pentas besar. Beberapa tahun lalu saya mengimpikannya tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

“Saya amat gembira apabila kini saya berada di sini. Saya mahu meningkatkan prestasi dan mahu memenangi gelaran.” – AFP

Related Articles

Leave a Reply