NEW YORK, 4 Jul – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tergempar esok bagi membincangkan tentangan tentera rejim Syria disokong Russia ke atas pemberontak yang memaksa 300,000 penduduk lari menyelamatkan diri, kata diplomat.
Sweden, yang memegang giliran presiden Majlis Keselamatan, memohon mesyuarat tertutup bersama Kuwait, kata diplomat semalam.
PBB menganggarkan antara 270,000 dan 300,000 rakyat Syria lari sejak 19 Jun lalu berikutan serangan bom berterusan di wilayah barat daya Deraa.
Untuk mesyuarat Khamis ini, Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (UNHCR) akan melaporkan kepada 15 anggota majlis mengenai situasi kemanusiaan di Deraa, yang bersempadan Jordan.
Misi PBB Sweden berkata, peningkatan keganasan ‘menunjukkan satu lagi kegagalan pihak dalam konflik untuk melindungi orang awam dan infrastruktur.’
“Usaha perlu diperhebat untuk mengurangkan keganasan, juga membolehkan konvoi PBB merentasi sempadan dari Jordan yang bersedia pada bila-bila masa untuk dikerah secepat mungkin,” katanya.
Jordan dan Israel berkata, sempadan mereka kekal ditutup walaupun puluhan ribu rakyat Syria lari dari tentangan kerajaan.
Jordan, yang merekodkan kira-kira 650,000 pelarian Syria ke PBB di tanah air berkata, ia tidak boleh lagi menerima lebih banyak pelarian.
“Serangan sengit udara dan darat dilaporkan berterusan di beberapa kawasan di Pentadbiran Deraa, Syria, mengakibatkan kematian dan kecederaan orang awam serta pemindahan besar-besaran di kawasan itu sejak konflik bermula.
“Situasi penduduk hilang tempat tinggal di sempadan Jordan agak tidak menentu, diburukkan lagi dengan angin padang pasir berhabuk dan suhu tinggi mencecah 45 darjah Celsius,” kata timbalan jurucakap PBB, Farhan Haq kepada media.