Home SemasaGlobal Perdana menteri Kanada nafi raba wartawan

Perdana menteri Kanada nafi raba wartawan

by Noor Sheila Amin

OTTAWA, 4 Jul – Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menjawab buat kali pertama terhadap dakwaan salah laku seksual hampir dua dekad lalu, mengatakan beliau tidak mengingati sebagai ‘interaksi negatif’ pada hari kejadian.

Penyokong feminis itu ditanya Ahad lalu bagi mengulas dakwaan, beliau meraba seorang wartawan ketika festival muzik di bandar barat Creston, British Columbia pada 2000.

Beliau bercakap kepada media di bandar tengah Regina pada sambutan hari kebangsaan negara itu.

“Saya mengingati hari itu di Creston, ia adalah acara anjutan Avalanche Foundation bagi menyokong keselamatan runtuhan salji. Saya menikmati hari itu. Saya tidak mengingati sebarang interaksi negatif pada hari itu sama sekali,” katanya.

Trudeau terbabit dengan badan kebajikan selepas adik lelakinya, Michel meninggal dunia dalam runtuhan salji pada 1998.

Beberapa hari selepas festival itu, satu ruangan pengarang tidak ditandatangani muncul dalam akhbar Creston Valley Advance yang menuduh Trudeau, ketika itu berusia 28 tahun dan tidak terbabit dalam politik, memohon maaf kepada wartawan dimaksudkan itu.

Ia juga memetik beliau sebagai berkata: “Saya tidak seharusnya terlalu berani” jika mengetahui beliau seorang wartawan.

Artikel itu tidak menamakan wartawan terbabit dan tidak memberi maklumat lanjut berkaitan insiden didakwa.

Penyiar CBS berkata kelmarin, ia sudah menghubungi wartawan itu namun beliau enggan dinamakan atau dikaitkan dengan liputan berita terbabit.

Dakwaan itu sudah muncul beberapa kali, namun ini adalah kali pertama Trudeau mengulas secara terbuka. -AFP

Related Articles

Leave a Reply