Home Semasa Perancis mara suku akhir Piala Dunia tundukkan Argentina

Perancis mara suku akhir Piala Dunia tundukkan Argentina

by Air Times News Network

KAZAN ARENA, 1 Jul – Perancis muncul pasukan pertama mara ke suku akhir Piala Dunia FIFA 2018 selepas menundukkan finalis 2014, Argentina 4-3 pada peringkat pusingan kedua kalah mati di sini sebentar tadi.

Juara 1998 itu hanya memerlukan masa 13 minit selepas permainan bermula untuk membuka jaringan menerusi Antoine Griezman yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti dengan cemerlang.

Walaupun selepas itu, Argentina bangkit dengan dua gol menerusi Angel di Maria dan Gabriel Mercado pada minit ke-41 dan 48, Perancis tidak patah semangat sebaliknya membalas tiga lagi gol menerusi Benjamin Pavard pada minit ke-57 dan Kylian Mbappe pada minit ke-64 dan 68 biar pun Sergio Aguero berjaya merapatkan kedudukan pada minit-minit terakhir permainan.

Di suku akhir pada 6 Julai nanti, Perancis akan menunggu pemenang antara Uruguay dan Portugal yang hanya turun beraksi dalam satu lagi aksi pusingan kedua awal pagi Ahad. – Agensi

Related Articles

Leave a Reply