Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Azmin Ali ‘punch in’ sebagai MB Selangor – Air Times News Network
Home PolitikPakatan Harapan Azmin Ali ‘punch in’ sebagai MB Selangor

Azmin Ali ‘punch in’ sebagai MB Selangor

by Nurulhuda

SHAH ALAM, 14 Mei – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memulakan hari pertama tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.

Beliau yang berpakaian sut serba kelabu tiba sambil diiringi puluhan pegawai penjawat awam negeri pada jam 7.45 pagi.

Sebagai simbolik, Mohamed Azmin kemudian melakukan ‘punch in’ kad untuk memasuki pejabatnya pada jam 7.48 pagi.

Selain sesi fotografi, beliau turut berucap menyampaikan amanat kepada pegawai dan kakitangan Pejabat Menteri Besar Selangor.

Ketibaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri pagi ini disambut oleh pegawai penjawat awam negeri. Foto : Muhammad Asri Sapfie

Jumaat lalu, Mohamed Azmin, 54, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal ketiga selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk pelantikan 10 EXCO Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran baharu Mohamed Azmin bagi penggal ini, hari ini.

Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan itu akan diadakan di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, pada jam 2 petang.

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?