Home PolitikPakatan Harapan Berita palsu akan diberi takrifan jelas-PM

Berita palsu akan diberi takrifan jelas-PM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata undang-undang berita palsu akan diberi definisi yang jelas dan syarikat berita akan faham apa yang dikatakan (sebagai) berita palsu dan bukan.

Tun Mahathir berkata kerajaan tidak akan mengambil tindakan kepada organisasi berita walaupun menyiarkan berita yang tidak memihak kepada kerajaan, selagi ia bukan bertujuan untuk mencetuskan huru-hara.

“Sebarang usaha untuk mencetuskan rakyat agar berkelahi dan (suasana) tegang tidak akan dibenarkan” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di RTM hari ini.

“Tetapi kalau mereka buat laporan, walaupun yang tak senang didengar kerajaan, mereka bebas (dan) tidak ada tindakan…Asalkan laporan berasas,” katanya.

“Walaupun kita sokong konsep kebebasan akhbar dan bersuara tetapi ada hadnya. Jika sengaja cuba cetuskan huru-hara, itu akan dihadapi (dengan) undang-undang khusus,” kata pengerusi BERSATU itu lagi.

Mahathir bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas sama ada kerajaan akan memansuh atau meminda Akta Antiberita Tidak Benar yang diluluskan kerajaan sebelum ini, atau merangka undang-undang baru.

Sebelum ini, beliau pernah berkata HARAPAN akan memansuhkan undang-undang akta antiberita palsu, yang dikritik hebat ketika itu, jika HARAPAN berjaya mentadbir kerajaan.

Related Articles

Leave a Reply