Home Politik PM dicabar pesara tentera dan cucu Tun Ghafar Baba di Pekan

PM dicabar pesara tentera dan cucu Tun Ghafar Baba di Pekan

by Noor Sheila Amin

Pekan, 28 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempertahankan kerusi Parlimen Pekan bagi penggal ke-10, berhadapan tentangan calon PKR Mohamad Zahid Mat Arip, wakil PAS Kapten (B) Ahiatudin Daud dan calon Bebas Datuk Kadir Saiinudin pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Mohamad Zahid ialah anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM yang juga merupakan cucu bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, Ahiatudin ialah Naib Yang Dipertua PAS Pekan sementara Kadir adalah seorang kontraktor dari Johor.

Pertandingan empat penjuru itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Md Yusli Ibrahim Mohd Yunus pada 11.35 pagi.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), sebelum itu mengemukakan borang pencalonannya di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada 9 pagi bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pekan yang disandangnya sejak 1976.

Terdahulu, Najib tiba di bangunan UMNO Bahagian Pekan bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada 8.35 pagi dan diarak oleh kepimpinan UMNO Bahagian, didahului empat calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu.

Related Articles

Leave a Reply