Home PolitikPakatan Harapan ‘Herman Samsudeen’, tunggu saman saya! – Mahfuz Omar

‘Herman Samsudeen’, tunggu saman saya! – Mahfuz Omar

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Apr – Naib Presiden Amanah, Dato’ Hj Mahfuz Omar hari ini menafikan semua dakwaan berkaitan dirinya yang dimuat naik melalui aplikasi facebook menggunakan nama “Herman Samsudeen”.

Minggu lalu, ‘Herman Samsudeen’ mendakwa dan menuduh Mahfuz menerima tajaan daripada pimpinan Umno sebanyak RM60 ribu dalam kempen pilihanraya 2008 dan 2013.

‘Herman Samsudeen juga mendakwa perkahwinan anak perempuan saya pada 2016 ditaja oleh pemimpinan Umno sebanyak RM40 ribu’, ujar Mahfuz.

‘Saya tahu dan kenal siapa “Herman Samsudeen” ini. Dia bekerja di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jabatan Perdana Menteri).

‘Di dalam Pas, beliau adalah Ketua Psywar PAS Wilayah Persekutuan dan pernah memimpin Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan’, tambahnya lagi.

‘Saya menafikan semua dakwaan di dalam tulisan “Herman Samsudeen” tersebut dan telah mendapatkan nasihat dari peguam saya untuk tindakan undang-undang.

Tambah Mahfuz, ini merupakan fitnah yang sengaja dilemparkan kepada beliau bagi menjatuhkan kredibiliti, mencacatkan dan mencemarkan nama serta reputasinya ketika pilihanraya umum ke-14 semakin hampir.

‘Saudara Helman Bin Sanuddin, tunggu saman saya RM500 ribu dan bersedia di mahkamah nanti,’ jelas Mahfuz.

‘Jangan hanya kerana seronok menabur cerita, kelak menyusahkan diri terpaksa bergolok bergadai mencari RM500 ribu’, kata Mahfuz.

Related Articles

Leave a Reply