PETALING JAYA, 24 Apr – Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan wujudnya pertembungan puak dalam partinya.
Beliau menegaskan hanya ada satu kem dalam parti itu.
“Bagi kami, hanya ada satu kem iaitu kem saya,” katanya pada sidang media selepas taklimat calon Pakatan Harapan (HARAPAN).
Dakwanya BN mahu mencetuskan persepsi wujudnya perpecahan dalam PKR yang dikatakan menjadi punca kepada kemelut calon parti itu di Selangor.
“Itu yang diperkatakan. Itulah persepsinya dan tentulah BN akan cetuskan perselisihan,” ujar beliau.
Selama beberapa tahun kebelakangan ini, PKR sedaya upaya menyorok masalah dalaman parti mereka terutamanya selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjarakan.
Sejak 2014, sudah berlaku pertembungan antara kem yang diterajui oleh Datuk Seri Azmin Ali dengan kem Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dikatakan pertembungan antara dua idealogi.