Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Veteran TUDM layak dijadikan pusat rujukan agensi cari tenaga kerja – Air Times News Network
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Veteran TUDM layak dijadikan pusat rujukan agensi cari tenaga kerja

Veteran TUDM layak dijadikan pusat rujukan agensi cari tenaga kerja

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR, 22 April – Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (PVTUDM) diharap dapat menjadi pusat rujukan sehenti bagi agensi yang ingin mendapatkan tenaga pakar dan tenaga kerja pelbagai kemahiran dalam kalangan pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata pesara TUDM memiliki pelbagai kemahiran dan pengalaman yang dapat memenuhi keperluan industri.

“Persatuan ini akan menyediakan pangkalan data yang mengandungi maklumat pesara yang ingin terus berkhidmat selepas tamat perkhidmatan.”

“Setakat ini, persatuan veteran yang ditubuhkan kira-kira dua tahun lepas ini mempunyai keanggotaan sekitar 500 orang dan diharap keanggotaannya dapat ditingkatkan sehingga 1,500 orang,” katanya ketika menghadiri majlis pertemuan Veteran TUDM di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara, Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Affendi berkata PVTUDM juga akan bertindak sebagai koperasi bagi membantu anggotanya dalam pelbagai aspek termasuk dari segi kewangan.

Turut hadir Presiden PVTUDM Tan Sri Rodzali Daud. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?