Home Politik Sultan Johor perkenan bubar Dewan Negeri Johor

Sultan Johor perkenan bubar Dewan Negeri Johor

by M.Daim

JOHOR BAHRU, 6 Apr – Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini bekenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perkara tersebut dinyatakan di akaun laman sosial Facebook rasmi Tuanku Sultan Ibrahim.

Terdahulu, Tuanku Sultan Ibrahim menerima mengadap Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pada jam 4.15 petang di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (6 April).

Pada pertemuan itu, Dato’ Seri Mohamed Khaled yang diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Hj Azmi Bin Rohani mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Johor kepada Baginda.

Watikah pembubaran Dewan Negeri Johor itu akan berkuat kuasa mulai esok.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!