Home PolitikPakatan Harapan SPR sebagai ‘remote control’ UMNO: Manivannan

SPR sebagai ‘remote control’ UMNO: Manivannan

by Nurulhuda

Kuala Lumpur, 29 Mac – Usul persempadanan semula kawasan pilihan raya telah lulus dengan undi majoriti Pakatan Harapan sebanyak 80 membantah dan Barisan Nasional 129 menyokong Persempadan Semula untuk PRU ke-14 di Dewan Rakyat semalam.

Ahli Parlimen Kapar, YB Manivannan A/L Gowindasamy, berkata Suruhanraya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan persempadanan baru untuk PRU14 dan akan menjadi mangsa kepada persempadan semula ini ialah rakyat biasa yang dahagakan perubahan kerajaan melalui proses pilihan raya.

‘UMNO BN terpaksa mempergunakan institusi SPR dan seterusnya menjadikan SPR sebagai ‘alat kawalan’ (remote control) untuk memastikan kemenangan UMNO BN’, ujar beliau.

Beliau turut menegaskan persempadanan semula yang seharusnya dilakukan secara adil, tanpa sebarang tanggungan dosa, namun telah dijadikan sebagai persempadan perkauman untuk menjamin kemenangan UMNO.

‘Kemenangan UMNO bermakna, kehilangan parti-parti komponen seperti MIC, MCA dan GERAKAN dalam BN’, terang beliau.

‘Persempadan semula bukan dilakukan untuk memenangkan BN, tetapi dijadikan sebagai talian hayat untuk menyelamatkan UMNO’, ujarnya lagi.

‘MIC, MCA dan GERAKAN tidak berani menegur UMNO. Jadi mereka biarkan kawasan DUN dan Parlimen dimanipulasikan oleh UMNO, untuk UMNO menang dalam pilihan raya’, jelas beliau.

‘UMNO mengutamakan kepentingan mereka dan ini mengabaikan kewujudan parti komponen lain dalam BN’, tambahnya lagi.

Beliau sekali lagi menegaskan, tanggal 28 Mac 2018 membuktikan MIC, MCA dan GERAKAN tidak lagi relevan dalam politik UMNO BN.

Mengikut prosedur, laporan persempadanan semula kawasan pilihan raya itu akan dibawa untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebelum diwartakan dan digunakan pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Related Articles

Leave a Reply