Home SemasaGlobal Donald Trump teruja untuk bertemu Kim Jong Un

Donald Trump teruja untuk bertemu Kim Jong Un

by Noor Sheila Amin

Washington, 29 Mac – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menzahirkan keterujaan untuk bertemu Kim Jong Un selepas mendapat perkhabaran lawatan pemimpin Korea Utara itu ke China “berjalan lancar”.

Trump berkata kempen nyahnuklear semenanjung Korea kini mungkin akan terlaksana, namun sekatan dan tekanan ke atas Korea Utara akan kekal sehingga pertemuan pada Mei nanti.

“Ada kemungkinan positif Kim Jong Un akan membuat keputusan yang betul untuk rakyatnya dan kemanusiaan,” kata Trump menerusi Twitter.

“Isu nyahnuklear di Semenanjung Korea dapat diselesaikan jika Korea Selatan dan Amerika Syarikat memberi kerjasama baik terhadap usaha kami, mewujudkan situasi aman dan stabil di samping mengambil langkah bersama yang progresif ke arah mewujudkan keamanan,” kata pemimpin Korea Utara itu.

Pertemuan yang dijadual Mei nanti akan menjadi pertemuan pertama antara presiden Amerika Syarikat dan seorang pemimpin Korea Utara, ia hadir susulan pertelagahan antara kedua buah negara berhubung isu ujian misil Korea Utara.

Related Articles

Leave a Reply