Home Semasa Polis akan panggil penganjur perhimpunan ‘Rakyat Tolak Penipuan SPR’

Polis akan panggil penganjur perhimpunan ‘Rakyat Tolak Penipuan SPR’

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Penganjur perhimpunan ‘Rakyat Tolak Penipuan SPR’ yang diadakan di luar bangunan Parlimen hari ini akan dipanggil kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit.

Pihaknya telah mengenal pasti penganjur dan akan memanggil mereka yang terlibat dalam masa terdekat

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah

“Polis akan jalankan siasatan kerana penganjur telah melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012,” katanya kepada pemberita hari ini.

Peserta Himpunan Tolak Penipuan SPR yang dianjurkan Bersih 2.0 berkumpul di Plaza Tugu Negara

Beliau berkata dianggarkan lebih 300 peserta menyertai perhimpunan yang diadakan di Tugu Negara serta di luar bangunan Parlimen itu.

Menurutnya tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dalam perhimpunan yang bermula 8 pagi itu dan walaupun ada sedikit kekecohanan tetapi ia berjaya dikawal kira-kira 400 anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Perhimpunan dianjurkan Bersih 2.0 itu diadakan bagi menyerahkan memorandum bantahan berkaitan cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada wakil Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pintu pagar Parlimen oleh Timbalan Pengerusi Bersih 2.0 Shahrul Aman Mohd Saari.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin bersama dengan wakil yang telah dibenarkan untuk menyerahkan Memorandum di hadapan Parlimen

Related Articles

Leave a Reply