Home SemasaGlobal Gemukkan diri elak latihan ketenteraan

Gemukkan diri elak latihan ketenteraan

by M.Daim

Seoul, 27 Mac – Mahkamah di Korea Selatan telah mendapati seorang lelaki berusia 21 tahun bersalah kerana sengaja mengemukkan dirinya bagi menggelakkan diri dari menghadiri latihan ketenteraan wajib di negara itu.

Lelaki tersebut menaikkan berat badannya sebanyak 29.5 kilogram dalam masa 6 bulan selepas tamat sekolah tinggi. Pada Februari 2016, pemeriksaan kesihatan yang dilakukan buat kali kedua mendapati beliau telah menaikkan berat badannya dari 84.8 kilogram kepada 113 kilogram.

Beliau kemudiannya didapati terlalu gemuk untuk menjalani latihan ketenteraan dan melaksanakan tugas perkhidmatan awam lain.

Bagaimanapun, polis kemudian mendapati beliau sengaja bertindak demikian sebelum dan ditahan sebelum didakwa di Mahkamah Daerah Cheongju pada Ahad lalu.

Korea Times melaporkan, mahkamah telah mendapati lelaki tersebut bersalah namun hukuman terhadap beliau telah ditangguhkan.

Latihan ketenteraan wajib selama 2 tahun di Korea Selatan merupakan latihan yang wajib dilalui oleh setiap rakyat Korea Selatan. Program latihan yang mula diperkenalkan pada tahun 1957 itu adalah sebagai persiapan perang oleh Korea Selatan dan berupaya untuk mengerahkan rakyat untuk pada bila-bila masa. Korea Selatan dan Korea Utara sehingga hari ini secara teknikalnya masih lagi dalam keadaan berperang setelah tiada perjanjian menamatkan perang ditandatangani.

 

Menurut undang-undang Korea Selatan, semua lelaki berusia 18 hingga 35 tahun perlu menjalani latihan berkenaan dan hanya pemenang pingat Sukan Olimpik atau pingat emas Sukan Asia diberi pengecualian. Setiap tahun sekurang-kurangnya 400 lelaki dihukum penjara kerana enggan menjalani latihan itu.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!