Home PolitikBarisan Nasional Bila dah tak releven, macam-macam lah komen : Hj Anuar

Bila dah tak releven, macam-macam lah komen : Hj Anuar

by Nurulhuda

Kuala Lumpur, 27 Mac- Ahli Parlimen Sekijang, Hj Anuar bin Abd Manap turut memberikan reaksi terhadap kenyataan media Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Hj Mahfuz Omar berkaitan salah satu tulisan Tan Sri Rafidah Aziz di Facebooknya.

Anuar menegaskan kita sebagai pemimpin dan rakyat perlu paham setiap diantara mereka mempunyai kepentingan masing-masing, jelasnya ketika diminta untuk memberi komen dan reaksi.

“Tak kiralah apa juga parti politik atau periuk nasi”.

“Bila tak dapat dan dilihat tidak lagi releven, maka keluarlah komen dan ucapan yang menyindir dan tidak puas hati terhadap pimpinan sekarang” tambahnya lagi.

“Mereka ini pun dahulu pada zaman mereka ada jawatan, ada peranan, yang kita memang tahu akan pertahankan kerajaan”.

Anuar juga menegaskan bukan semua spesis mereka ini sama. Ada yang masih membantu malah ada juga yang terus mengeluarkan komen-komen baik kepada kerajaan.

“Yang ini mahfuz tak nak highlightkan pulak?”

“Kenapa dia tak nak komen ucapan Hadi Awang? Atau pemimpin PAS yang lain?”

“Kalaulah dia ni bagus, sudah tentu speaker Dewan Rakyat pun tak tegur dia bilamana dia syok berpindah kerusi dalam dewan”, jelas beliau.

Terdahulu, veteran UMNO merangkap Mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz memberi kenyataan mengenai tindakan memilih pemimpin yang rasuah adalah sama seperti membenarkan salah laku yang dilakukan ahli politik yang berkenaan.

Tan Sri Rafidah juga turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia akan dianggap bersubahat dengan perbuatan rasuah dan pengkhianatan sekiranya pengundi secara sukarela mengundi ahli politik yang korup.

 

Related Articles

Leave a Reply