Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Rakyat inginkan perubahan – Mohd Ridzwan Arshad – Air Times News Network
Home PolitikPakatan Harapan Rakyat inginkan perubahan – Mohd Ridzwan Arshad

Rakyat inginkan perubahan – Mohd Ridzwan Arshad

by Nurulhuda

GUAR CHEMPEDAK, 14 Feb – Amanah yakin dapat melakar kemenangan pada PRU14 berikutan jentera mereka yang sudah memulakan gerak kerja mendekati pengundi. Ketua Pemuda Amanah Jerai, Mohd Ridzwan Arshad Ahmad berkata, Amanah Jerai melalui gabungan Pakatan Harapan berkeyakinan penuh Parlimen Jerai dan tiga Dun iaitu Guar Chempedak, Sungai Limau dan Gurun akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan.

“Meskipun kerusi Parlimen Jerai masih disandang BN, namun itu tidak boleh dijadikan modal untuk BN mendabik dada. “Kerusi Parlimen Jerai juga pernah disandang parti pembangkang sebanyak dua kali sebelum ini,” katanya.

Menurut Mohd Ridzwan, Amanah yakin masyarakat di parlimen ini mahukan perubahan besar dalam kepimpinan negara. “Kami juga sangat yakin yang rakyat inginkan perubahan bagi mengubah kerajaan BN kepada Pakatan Harapan, insya-ALLAH,” katanya.

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?