Home SemasaGlobal Panas!! Benjamin Netanyahu Dituduh Menerima Rasuah

Panas!! Benjamin Netanyahu Dituduh Menerima Rasuah

by Noor Sheila Amin

ISRAEL, 14 Feb – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bertindak balas terhadap cadangan polis Israel untuk mendakwa beliau mengenai beberapa tuduhan rasuah, penipuan, dan pecah amanah semalam.

Dalam kenyataannya, Netanyahu  tidak menafikan tuduhan menerima hadiah mewah, sebaliknya, beliau menegaskan bahawa fokusnya hanya pada “kebaikan negara.”

“Saya telah menumpukan seluruh hidup saya kepada satu tujuan iaitu untuk memastikan keamanan dan masa depan Negara Israel,” dan bukanya untuk cerut serta untuk liputan media yang lebih baik “. Dua tuduhan rasuah itu hanyalah satu usaha untuk “menghilangkan” dia dari kuasa katanya.

Dua tuduhan oleh Polis  terhadap Netanyahu, iaitu Kes 1000 dan Kes 2000 dimana kes yang pertama adalah Kes 1000 berkaitan hubungan Netanyahu dengan jutawan Australia, James Packer dan penerbit Hollywood, Arnon Milchan. Kedua-dua mereka dikatakan memberikan pelbagai hadiah kepada Netanyahu dalam antara tahun 2007 dan 2016.

Netanyahu dan keluarganya telah menerima pelbagai hadiah, termasuk cerut, champagne dan perhiasan barang bernilai kira-kira $ US212,000 selama beberapa tahun, dan Packer didakwa menyediakan barang bernilai kira-kira $ US70,00 dari 2014.

Selain itu, Netanyahu disyaki memberi pengecualian cukai penting terhadap Milchan sebagai pemastautin beliau di Israel. Netanyahu  telah membantu merayu untuk pelanjutan visa Milchan di AS selepas mengalami kesulitan dengan pegawai AS. Laporan itu juga mengatakan Netanyahu  secara langsung mempromosikan Milchan kepada pemegang saham salah satu rangkaian TV terbesar di AS.

Kes kedua iaitu Kes 2000 iaitu Memanipulasi Media, yang membincangkan hubungan erat antara Netanyahu dan media Israel Arnon Mozes yang mana Netanyahu dan Mozes bertemu beberapa kali sejak sedekad lalu, dan didakwa membahas antara satu sama lain bagi mempromosikan setiap agenda mereka.

Untuk kes ini, polis Israel juga mengesyorkan tuduhan rasuah terhadap Mozes.

Berikutan cadangan polis, Peguam Negara Israel akan memutuskan sama ada untuk mendakwa Netanyahu.

Laporan menunjukkan bahawa pihak polis mendapati “bukti yang mencukupi untuk mendakwa rasuah, penipuan dan pelanggaran amanah terhadap Netanyahu.

Related Articles

Leave a Reply