Home Semasa Jaga Keselamatan AES, JPJ-Polis Kerjasama

Jaga Keselamatan AES, JPJ-Polis Kerjasama

by Air Times News Network

YONG PENG, 22 SEPT- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau keselamatan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ianya adala susulan kamera yang baharu dipasang di Tangkak, Johor awal bulan lalu dirosakkan serta komponennya turut dicuri.

“Kita minta orang ramai tidak merosakkan harta benda atau kemudahan disediakan, apatah lagi setiap peraturan yang diperkenalkan kerajaan adalah untuk manfaat masyarakat.

“Oleh itu, JPJ akan bekerjasama dengan PDRM bagi memantau kesemua kamera AES supaya tindakan khianat sebegini tidak akan berulang, ” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen MCA Johor yang ke-40 di Bangunan Persatuan Che An Khor, Yong Peng, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong yang juga Pengerusi MCA Johor.

Related Articles

Leave a Reply