KUALA LUMPUR, 28 MEI – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli hari ini menyatakan beliau telah meletakkan jawatan dari barisan kabinet.
Perkara tersebut diumumkan oleh beliau dalam satu kenyataan.
”Bermula dari hari ini, saya akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025,
“Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat,” katanya.
Rafizi menambah, kekalahan dalam pemilihan PKR baru-baru ini memberikan isyarat bahawa beliau tidak lagi mempunyai mandat dari parti untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.
“Seperti mana amalan di negara-negara yang menitikberat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam Kerajaan,” ujar beliau. -airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Semasa

