KUALA LUMPUR, 7 NOV – Seramai 4 orang pengaman Malaysia Battalion (MALBATT 850) dilaporkan cedera dalam satu serangan tentera Israel di Sidon, Selatan Lubnan.
Perkara tersebut disahkan oleh Tentera Darat Lubnan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini
Menurutnya, kejadian berlaku ketika kenderaan membawa anggota pengaman MALBATT yang bertugas di bawah UNIFIL sedang melalui sekatan jalan Tentera Lubnan.
“Tentera Israel telah mengebom sebuah kereta yang melalui Awali di Sidon.
“Serangan ini menyebabkan 3 warga Lubnan maut,” kata kenyataan itu.
Tentera Lubnan turut mengesahkan 3 anggota tenteranya cedera dan 4 anggota MALBATT cedera.
“Kenderaan UNIFIL yang dinaiki MALBATT sedang melalui kawasan sekatan jalan itu,” katanya.
KEMAS KINI:
Pihak UNIFIL dalam satu kenyataan yang mengesahkan kejadian itu menyatakan 5 anggota pengaman cedera. Namun begitu, kenyataan UNIFIl tidak menyebut kewarganegaraan anggota yang cedera.
Jelasnya, serangan dilakukan dengan menggunakan dron. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #MALBATT #UNIFIL

