Home Pertahanan dan KeselamatanTentera UdaraTUDM siap siaga hadapi musim tengkujuh, sedia diatur gerak

TUDM siap siaga hadapi musim tengkujuh, sedia diatur gerak

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 7 NOV – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia untuk diatur gerak bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana yang berlaku akibat fenomena Monsun Timur Laut (MTL), yang dijangka berlaku November hingga Disember tahun ini.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan TUDM berkata, semua pesawat dan aset udara telah menerima arahan untuk bersiap sedia diatur gerak pada bila-bila masa yang diperlukan.

“Kami memang sudah bersedia. Semua pesawat TUDM dan aset dari Tentera Darat serta seluruh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diarahkan untuk bersiap sedia, seperti tahun-tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penghargaan kepada Pegawai dan Anggota TUDM yang terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) di Filipina, di Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Menurut beliau, TUDM telah mengenal pasti beberapa kawasan yang sering terjejas banjir serta titik-titik pendaratan bagi penghantaran bantuan makanan dan barangan lain sekiranya diperlukan.

Tambahnya lagi, TUDM sudah membuat perancangan dan bersiap siaga untuk melaksanakan operasi menyelamat dan bantuan bencana jika diperlukan.

“Struktur operasi banjir ini dikenali sebagai Ops Murni. Struktur operasi ini telah tersedia dan TUDM telah bersedia dengan pesawat yang ditempatkan seperti di Kuantan, Pahang,

“Setiap bilik operasi akan diaktifkan, dengan komander yang bertanggungjawab dari Tentera Darat, dan kita akan bekerjasama erat dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),” jelasnya lagi. -airtimes.my

#TUDM #airtimes #MTL #bencana #banjir #ATM #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply