Home Pertahanan dan KeselamatanMINDEF laksana tender terbuka sewaan helikopter tempur utiliti untuk PUTD

MINDEF laksana tender terbuka sewaan helikopter tempur utiliti untuk PUTD

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 3 MAC – Kementerian Pertahanan (MINDEF) melaksanakan Tender Terbuka bagi perolehan perkhidmatan sewaan helikopter Combat Utility Helicopter (CUH) selama lima tahun.

Langkah tersebut diambil susulan pembatalan kontrak perolehan helikopter Black Hawk sebelum ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan itu dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan keupayaan operasi Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) tidak terjejas.

“Kementerian Pertahanan telah mengambil tindakan susulan secara berperingkat bagi memastikan keupayaan operasi PUTD tidak terjejas,” katanya dalam jawapan lisan di Dewan Rakyat.

Dalam masa yang sama, kementerian turut melaksanakan langkah mitigasi dengan mengoptimumkan penggunaan aset sedia ada bagi memastikan tahap kesiapsiagaan operasi PUTD sentiasa berada pada tahap yang diperlukan.

Beliau menjelaskan bahawa pendekatan tersebut mencerminkan langkah pragmatik serta bertanggungjawab.

Ia bagi memastikan keperluan operasi angkatan dipenuhi tanpa menjejaskan tadbir urus perolehan, keselamatan anggota serta kepentingan pertahanan negara secara keseluruhan.

Beliau berkata demikian, bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung tindakan lanjut Kementerian dalam memperoleh helikopter baharu untuk PUTD susulan pembatalan kontrak Black Hawk sebelum ini. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply