Home GlobalKorea Selatan tambah peluru berpandu balistik, imbangi ancaman Pyongyang

Korea Selatan tambah peluru berpandu balistik, imbangi ancaman Pyongyang

by Zulfadhli Azmie
A+A-
Reset

SEOUL, 17 OKT – Korea Selatan akan mula mengoperasikan peluru berpandu balistik Hyunmoo-5 menjelang akhir tahun ini.

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Pertahanannya, Ahn Gyu-back yang menyatakan ia adalah langkah yang perlu diambil oleh Seoul adalah bagi mengimbangi ancaman nuklear yang semakin meningkat dari Korea Utara.

Beliau turut menyatakan bahawa pengeluaran besar-besaran sistem peluru berpandu itu telah bermula dan usaha sedang dijalankan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran.

“Memandangkan Korea Selatan merupakan negara anggota Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) yang tidak boleh memiliki senjata nuklear, saya percaya kita perlu memiliki sejumlah besar peluru berpandu Hyunmoo-5 bagi mencapai keseimbangan (terhadap ancaman Korea Utara),” katanya dalam temu bual bersama agensi berita Yonhap pada Khamis.

Hyunmoo-5 yang digelar sebagai “peluru berpandu raksasa” mampu membawa kepala peledak konvensional seberat lapan tan dan direka untuk memusnahkan kemudahan bawah tanah strategik.

Kenyataan terbaharu Ahn dibuat selepas Korea Utara memperkenalkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) baharu, Hwasong-20, dalam perbarisan tentera minggu lalu.

Menurut Ahn, pergerakan mencurigakan dikesan berhampiran tapak pelancaran peluru berpandu di utara yang menunjukkan Pyongyang mungkin akan menguji ICBM tersebut dalam masa terdekat.

Pembangunan dan penempatan Hyunmoo-5 dianggap sebagai langkah strategik Seoul bagi mengimbangi tindak-tanduk Korea Utara yang sentiasa melakanakan ujian peluru berpandu semenjak kebelakanangan ini. – airtimes.my

#AirTimesNews #Global #KoreaSelatan #Hyunmoo5 #Pyongyang #PeluruBerpandu #AsiaTimur

Related Articles

Leave a Reply