Home SemasaPertahan subsidi warga asing: Muhyiddin tuntut Anwar mohon maaf

Pertahan subsidi warga asing: Muhyiddin tuntut Anwar mohon maaf

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf dan menarik balik dakwaan bahawa beliau mempertahankan warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu turut berkata, beliau akan merujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sekiranya tiada permohonan maaf daripadanya.

“Saya sedar, apa yang berlaku, mungkin sebagai sahabat, beliau juga manusia biasa, cuma jawatan beliau lebih tinggi. Saya pun pernah berada di situ juga dulu,

“Mungkin dah berlaku kesilapan, jadi agak susah untuk Perdana Menteri nak kata ‘Muhyiddin, maaflah, saya salah’. Beliau boleh cakap itu saja, OK,

“Jadi, saya cuma minta Yang Amat Berhomat (YAB) Tambun (Anwar) mohon maaf dan tarik baliklah keterlanjuran kata-kata beliau yang telah menyebabkan fitnah ke atas diri saya,

“Saya akan terima maaf dia sekarang juga,” katanya dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada Selasa lalu, Anwar dilaporkan berkata, beliau menerima maklumat ada Ahli Parlimen pembangkang tampil mempertahankan warga asing dalam isu subsidi kerajaan.

Muhyiddin bagaimanapun menafikan dakwaan itu, dan dalam kenyataan di media sosial, beliau menegaskan bahawa PN sejak dahulu lagi konsisten memperjuangkan supaya subsidi diberikan keutamaan kepada rakyat tempatan, bukan warga asing.

Namun, pada Rabu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan, Perdana Menteri mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyiasat penafian Muhyiddin berhubung isu berkenaan.

“Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengambil maklum kenyataan penafian itu,

“Sebagai kerajaan yang menjunjung ketelusan dan bertanggungjawab, Perdana Menteri mengarahkan MCMC menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya,” jelas PMO dalam kenyataan. -airtimes.my

#semasa #PN #Muhyiddin #Anwar #subsidi #Parlimen #airitmes

Related Articles

Leave a Reply