Home SemasaLawatan Negara perkukuh hubungan, kerjasama Malaysia-Rusia

Lawatan Negara perkukuh hubungan, kerjasama Malaysia-Rusia

by Nurulhuda
A+A-
Reset

MOSCOW, 7 Ogos – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa Lawatan Negara ke Persekutuan Rusia mencerminkan hasrat murni Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama strategik antara kedua-dua negara.

Titah Seri Paduka Baginda, Rusia sentiasa dianggap sebagai rakan kongsi yang dipercayai dan penting kepada Malaysia.

“Lawatan Negara ini mencerminkan hasrat ikhlas saya untuk mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama kita semua. Bah kata pepatah Rusia, persahabatan lebih berharga daripada wang,

“Di atas semangat persahabatan inilah saya percaya, kita akan terus membentuk hala tuju hubungan antara kedua-dua negara untuk kepentingan rakyat bersama,” titah Baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada pertemuan rasmi dengan Presiden Rusia Vladimir Putin selepas majlis sambutan negara di Grand Kremlin Palace semalam.

Seri Paduka Baginda turut bertitah, Malaysia adalah antara negara ASEAN terawal menjalin hubungan dengan Moscow.

Terdahulu, Sultan Ibrahim diberikan sambutan negara di Kremlin Moscow pada pada Rabu bersempena lawatan negara Seri Paduka Baginda ke Persekutuan Rusia.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 3 petang (waktu tempatan Rusia) disambut mesra oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Vladimir V Putin, Presiden Persekutuan Rusia di Dewan St George.

Sultan Ibrahim berangkat tiba di Moscow, pada Selasa melakar sejarah sebagai Ketua Negara Malaysia yang pertama mengadakan Lawatan Negara ke Persekutuan Rusia sejak tertubuhnya hubungan diplomatik pada tahun 1967.

Mengiringi Yang di-Pertuan Agong Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin yang juga menteri pengiring, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Amran Mohamad Zin dan duta besar Malaysia ke Rusia Cheong Loon Lai.-airtimes.my

#Malaysia #DaulatTuanku #airtimes #semasa #Rusia

Related Articles

Leave a Reply