Home Pertahanan dan KeselamatanTentera UdaraKesiapsiagaan operasi, modal insan fokus utama TUDM

Kesiapsiagaan operasi, modal insan fokus utama TUDM

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Pengukuhan kesiapsiagaan operasi dan pemerkasaan modal insan terus menjadi tumpuan utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam mendepani cabaran keselamatan serantau secara lebih holistik serta menyeluruh.

Perkara itu dizahirkan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Sri Muhamad Norazlan Aris TUDM semasa kunjungan hormat beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri, pada Rabu.

Kunjungan tersebut merupakan pertemuan rasmi pertama beliau dengan Perdana Menteri sejak dilantik sebagai Panglima Tentera Udara Ke-21 pada 26 Jun lalu.

Menurut TUDM, pertemuan itu menjadi platform penting untuk Panglima Tentera Udara mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Perdana Menteri berhubung hala tuju dasar pertahanan udara negara agar kekal relevan dan berkesan, berpaksikan kepada kepentingan nasional.

“Panglima Tentera Udara turut menyatakan aspirasi beliau untuk memacu TUDM ke arah menjadi angkatan udara yang kredibel, tangkas dan berwibawa selaras dengan teras Perintah Ulung beliau,” menurut TUDM.

Sementara itu, Perdana Menteri dalam hantaran di laman Facebooknya menitipkan agar TUDM kekal menjadi sebuah angkatan yang disegani di peringkat serantau sepanjang sepanjang pemerintahan Muhamad Norazlan.

“Pertemuan ini memberi ruang untuk membincangkan tahap kesiapsiagaan pertahanan udara negara, termasuk agenda pemodenan aset strategik serta usaha memperkukuh keupayaan teknologi dalam sistem pertahanan negara yang semakin canggih,

“Kerajaan MADANI akan terus memberi perhatian dan sokongan terhadap usaha memperkukuh keselamatan serta mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta,” jelas Anwar lagi. -airtimes.my

#pertahanan #TUDM #airtimes #Malaysia #DSAI

Related Articles

Leave a Reply