Home SemasaBatu Puteh: Tiada tindakan terhadap Tun Mahathir kerana faktor usia – Anwar

Batu Puteh: Tiada tindakan terhadap Tun Mahathir kerana faktor usia – Anwar

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 22 Jul – Kerajaan memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Pulau Batu Puteh atas faktor usia yang kini mencecah hampir 100 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun kerajaan berpandangan bahawa Tun Mahathir melakukan kesilapan besar dalam isu tersebut, tindakan undang-undang tidak akan diteruskan sebagai menghormati faktor usia.“Kita ambil keputusan ini kerana melibatkan mantan Perdana Menteri yang umurnya 100 tahun. Apakah dia tak salah (dalam isu Pulau Batu Puteh)? Dia salah,

“Apakah perlu ambil tindakan? Saya dan jemaah menteri dalam mesyuarat Kabinet, saya setuju tak ambil tindakan,

“Kalau ambil tindakan, anda, Kota Bharu (Takiyuddin) yang akan jerit kata kita tak adil. Tapi saya tanpa membabitkan soal ini kerana usianya sudah 100 tahun,” katanya ketika menjawab celahan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Pada Disember tahun lalu, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mencadangkan agar siasatan jenayah dibuat terhadap Tun Mahathir berhubung keputusan kerajaan pada 2018 yang menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Menurut laporan RCI, keputusan tersebut dibuat meskipun perunding antarabangsa berpandangan Malaysia mempunyai peluang yang tinggi untuk menang dalam semakan semula kes.

“Suruhanjaya mencadangkan agar satu laporan polis dibuat oleh Setiausaha Suruhanjaya bagi membolehkan satu siasatan jenayah dimulakan terhadap Tun Dr. Mahathir atas kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 415(b) dan seksyen 418 Kanun Keseksaan,” kata laporan itu.

Suruhanjaya turut mencadangkan agar satu laporan polis dibuat oleh Setiausaha Suruhanjaya untuk membolehkan siasatan jenayah dimulakan terhadap Tun Mahathir.

Laporan RCI itu mendakwa Tun Mahathir mungkin telah dengan sengaja mendorong Jemaah Menteri untuk tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran keputusan ICJ, meskipun mengetahui ia bertentangan dengan pandangan profesional.-airtimes.my

Kerajaan tetap berpendirian Dr Mahathir tetap bersalah kerana keputusan sebagai Perdana Menteri pada 2018 yang melepaskan Pulau Batu Puteh kepada Singapura

#Malaysia #Singapura #TunM #Anwar #RCI #DewanRakyat #airtimes

Related Articles

Leave a Reply